KUCHING— Padah tuntut ganti rugi mengguna kekerasan hingga mencederakan seorang lelaki, remaja berusia 18 tahun ditangkap polis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Dr Daram Ruer berkata, suspek remaja lelaki ditangkap sekitar jam 4.05 petang Ahad.
“Suspek disyaki terlibat kes mencederakan seorang lelaki berusia 23 tahun yang dilaporkan pada 5 April lalu sekitar jam 12.02 tengah malam.
“Mangsa dipercayai dicederakan oleh dua suspek menggunakan senjata buku lima dan bertindak atas maklumat polis berjaya menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, siasatan awal mendapati kejadian berpunca pelanggaran motosikal antara mangsa dan suspek.
Tambahnya, suspek menuntut ganti rugi kerosakan motosikal miliknya.
“Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau telah disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
“Justeru, polis meminta kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut tampil ke balai polis yang berdekatan atau menghubungi di talian 082-763311 untuk membantu siasatan lanjut,” ujarnya.
tamat
Catat Ulasan