Penunggang maut motosikal hilang kawalan lalu dilanggar kereta di Jalan Kota Samarahan-Asajaya

 


KUCHING-- Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di KM 8 Jalan Kota Samarahan-Asajaya malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintenden Damataries Lautin berkata, penunggang yang maut dikenali Mohammad Yusri Jumadi, 21, beralamat dari Kampung Baru, Kota Samarahan.


Katanya, polis menerima maklumat berhubung kemalangan itu sekitar jam 11.08 malam.


"Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah Asajaya, Kota Samarahan menghala ke Kampung Baru, Kota Samarahan. 


"Apabila sampai di KM 8 Jalan Kota Samarahan-Asajaya dan sedang bergerak lurus, tiba-tiba motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan penunggang jatuh ke laluan bertentangan lalu dilanggar oleh kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun yang sedang bergerak lurus di arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambahnya, akibat kemalangan itu mangsa telah disahkan meninggal dunia di Pusat Jantung Kota Samarahan pada jam 12.25 tengah malam.


Jelasnya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak, Kuching untuk tindakan selanjutnya.


"Manakala pemandu Vios tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya.


Tegasnya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


tamat

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama