PDRM, Kepolisian Daerah KALBAR eratkan kerjasama pantau keselamatan sempadan

 


KUCHING-- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Kepolisian Daerah Kalimantan Barat untuk memastikan keselamatan sempadan Wilayah Sarawak dan Kalimantan Barat (KALBAR) Indonesia sentiasa terjamin.


Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, garisan sempadan Sarawak dan KALBAR adalah 1,235 kilometer (km).



"Ini antara topik yang dibincangkan semasa kunjungn hormat pihak Kepolisian Daerah KALBAR yang diketuai Inspektur Jenderal (Irjen Pol) Kepala Kepolisan Daerah (KAPOLDA)

Pipit Rismanto bersama enam ahli rombongan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada semalam.



"Pertemuan ini turut membincangkan hubungan kerja dan kerjasama akrab PDRM Kontinjen Sarawak dan pihak POLRI POLDA KALBAR Indonesia.


"Selain itu, platform seperti RAKOR PDRM Kontinjen Sarawak dan POLRI POLDA KALBAR adalah antara saluran rasmi untuk memastikan keselamatan sempadan Wilayah Sarawak dan KALBAR Indonesia sentiasa terjamin," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Mancha dengan kerjasama yang akrab maka jenayah rentas sempadan boleh dikawal dan dibendung ke tahap yang minima.


Selain itu, katanya perkara lain yang dibincangkan berhubung tujuh daerah Polis Sarawak yang bersempadan dengan lima (Daerah/Kabupaten) di KALBAR di mana garisan persempadanan yang panjang ini perlu kolaborasi dan libat-urus berkesan ke arah menjamin keselamatan nyawa dan harta-benda penduduk kedua-dua wilayah Sarawak dan KALBAR Indonesia. 


Mengenai kunjungan itu, beliau menjelaskan ia merupakan kali kedua yang mana sebelum ini telah berlangsung pada 8 Disember 2024.


Menurutnya dalam kunjungan hormat kali ini, tarikh RAKOR telah diputuskan demi kepentingan keselamatan bersama.


"Secara keseluruhannya, kunjungan hormat telah berlansung dengan lancar," ujarnya.


tamat

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama