Lelaki pura-pura bantu warga emas keluarkan wang dari ATM sebelum kebas duit mangsa berjaya ditangkap

 


KUCHING-- Seorang lelaki yang pura-pura membantu mangsa mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) sebelum melarikan wang mangsa berjaya ditangkap polis semalam.



Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, suspek lelaki tempatan berusia 41 tahun ditangkap sekitar jam 1.55 petang oleh sepasukan polis


 

daripada Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.


"Polis turut merampas beberapa barang kes di Kenyalang Park," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Merbin suspek disyaki terlibag kes curi duit seorang warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan pada 2 April lalu.


"Semasa kejadian mangsa mahu mengeluarkan duit di salah sebuah bank di kawasan Stutong kuching pada 30 Mac 2025 jam lebih kurang 8.30 pagi telah didatangi oleh suspek 

yang berpura-pura membantu mengeluarkan duit dari mesin ATM. 


"Setelah mangsa memasukkan 

kad ATM dan kata laluan, suspek didapati telah menekan jumlah duit sebanyak RM1,500, kemudian 

suspek telah mengambil duit tersebut dan hanya menyerahkan duit sebanyak RM300 kepada 

mangsa sebelum melarikan diri bersama dengan duit selebihnya," jelasnya.


Mengulas lanjut, kata Merbin hasil soal siasat awal suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan hasil semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai 10 rekod 

jenayah. 


"Hasil ujian saringan awal ke atas suspek adalah negatif dadah. 


"Susulan itu, suspek ditahan 

reman selama tiga hari iaitu sehingga 8 April 2025," ujarnya.


Tambahnya lagi soal siasat lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti jika suspek terlibat dengan lain-lain kes. 


Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 7 tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.


"Justeru, orang ramai terumatanya warga emas dinasihati supaya berhati-hati ketika berurusan di bank 

termasuk mengeluarkan duit di mesin ATM. 


"Jika perlu, hadir bersama ahli keluarga bagi memastikan keselamatan diri dan mengelak kejadian jenayah / ditipu atau diperdayakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.


tamat

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama