Pencuri ugut mangsa sebelum nyah aktif akaun FB


KUCHING—Kisah pelik tapi benar berlaku di Demak Laut baru-baru ini, yang mana seorang mangsa memuat naik video rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang lelaki mencuri bungkusan yang diletakkan penghantar kurier di pagar sebuah rumah di kawasan perumahan Demak 

Dalam hantaran di Facebook menerusi akaun Aisha Zachary, lelaki terbabit yang menunggang sebuah motosikal dirakam mencuri bungkusan milik pelanggannya yang diletak di atas pagar sebuah rumah di kawasan Demak Laut.

Dengan imej yang dirakam CCTV di rumah berkenaan, identiti pelaku dapat diketahui mangsa.

Setelah itu, mangsa memuat naik rakaman CCTV yang memaparkan tindakan lelaki berkenaan di media sosial Facebook hingga ia menjadi tular.

Namun apa yang menarik perhatian, si pelaku yang tidak tahan wajahnya terpampang di media sosial akhirnya membuat komen dalam hantaran mangsa.

Pada masa sama si pelaku juga telah memulangkan semula bungkusan yang dicurinya itu ke tempat asal.

Tidak terhenti di situ, si pelaku yang masih tidak berpuas hati turut menghantar pesanan menerusi Messengger Facebook untuk mengugut mangsa.

Namun, mangsa tidak termakan ugutan daripada lelaki berkenaan menyebabkan si pelaku akhirnya bertindak menyahaktifkan akaun Facebooknya.

Difahamkan mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu.

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama