Pekerja kilang maut tersepit antara pelet dan forklift

 


KUCHING-- Seorang pekerja kilang maut setelah tersepit di antara susunan pelet dan pisau forklift yang terkena di bahagian dada sebelah kiri mangsa di sebuah kilang di kawasan perindustrian Pending petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, polis menerima panggilan sekitar jam 4 petang memaklumkan berlaku kemalangan di tempat kerja.


"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Bintawa, telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri kerana tersepit di antara susunan pelet dan pisau forklift yang terkena di bahagian dada sebelah kiri mangsa.  


"Pasukan perubatan telah tiba di lokasi dan mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambahnya, siasatan awal lelaki tersebut merupakan seorang pekerja kilang berusia 70 tahun dan juga pemandu forklift semasa kejadian.


Jelasnya lagi mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan bedah siasat.


"Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut," ujarnya.


"Pihak polis menyeru agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa," tegasnya.


Pada sama sama beliau memberitahu jika masyarakat mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung terus dengan Ketua Polis Bintawa SM Siti Mariam Hamid di talian 0164661345 atau pun nombor telefon Balai Polis Bintawa 082-335930 atau tampil ke balai yang berhampiran.


tamat

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama