Lelaki ditangkap gara-gara lepaskan tembakan di tempat awam dan miliki senjata api

 


MUKAH: Pihak polis bertindak menahan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang melepaskan dua das tembakan di tempat awam.


Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Bin Alias dalam kenyataannya hari ini berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah bilik di Sungai Maban Balingian pada jam 1 pagi tadi.



"Hasil semakan yang dijalankan mendapati suspek turut memiliki senjata api tanpa lesen," ujarnya.


Pemeriksaan yang dijalankan ujarnya turut merampas selaras senapang angin buatan sendiri termasuk 15 biji guli yang digunakan sebagau peluru dan satu botol bahan api dipercayai berisi cairan spirit.



Suspek beserta barangan rampasan kemudiannya dibawa ke IPD Mukah bagi membantu siasatan lanjut.


Suspek akan dikenakan tahanan reman selama 4 hari sehingga 20 Mac bagi melengkapkan siasatan.



Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.


Dalam insiden yang berlaku pada jam 4.30 petang semalam, seorang wanita berusia 57 tahun terdengar bunyi tembakan sebanyak 2 kali semasa beliau dan anaknya memasang pukat di kolam ikan di kawasan Sungai Maban.


Wanita dan anaknya itu yang berasa ketakutan kerana melihat suspek memegang senjata api bertindak melarikan diri dan bersembunyi sebelum membuat laporan polis di IPD Mukah di hari sama.

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama