Kolam kumbahan sisa minyak sawit di Sibuti terbakar

 


MIRI -- Sebuah kolam kumbahan sisa minyak sawit di sebuah kilang di Sibuti terbakar hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 11.01 pagi.



"Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat kebakaran kolam penyejuk minyak sawit di kilang berkenaan.


"Pengadu juga memaklumkan kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa. 



"Sampai di tempat kejadian mendapati benar berlaku kebakaran kolam penyejuk minyak sawit dengan keluasan 5643.15 meter persegi terbakar dan pekerja kilang telah membuat pemandaman awal menggunakan Alat Pemadam Api sebanyak 50 tabung," katanya dalam kenyataan hari ini


Jelasnya, operasi pemadaman dijalankan pasukan bomba dari BBP Batu Niah dengan dibantu 30 pekeja kilang terbabit dengan membentang hos 2 aliran 1,000 kaki 2 nozel untuk memadam di sebelah kiri kolam manakala 1 aliran 1,800 kaki 1 nozel untuk memadam di sebelah kanan kolam sumber air dari pili bomba kilang.



Tambahnya, pasukan seterusnya membuat pemeriksaan di sekitar kawasan terbakar untuk memastikan tiada sumber api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang. 


"Setelah selesai membuat pemeriksaan dan tiada lagi punca api menyebakan kebakaran berulang, pasukan bertolak balik ke balai," ujarnya.


Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama