![]() |
Gambar arkib |
KUCHING : Mahkamah Majistret menetapkan 24 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bunuh, Nurul Asikin Lan, Disember tahun lalu.
Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan tarikh itu berikutan permohonan timbalan pendakwa raya, Jean Siow Chung Hwei, yang meminta masa tambahan kerana menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat berhubung pembunuhan kejam itu.
![]() |
Gambar arkib |
Berikutan kes pembunuhan adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin, tertuduh Zakwan Mokhtar, 23, yang yang tidak diwakili peguam ditahan reman di Penjara Puncak Borneo sehingga sebutan semula kes.
Dia didakwa pada 24 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara minimum 30 tahun dan sebatan.
![]() |
Gambar arkib |
Kes pembunuhan Nurul Asikin yang juga dikenali sebagai 'Amoi' itu menarik perhatian ramai selepas mayat Nurul Asikin, 28 tahun yang reput ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, di sini pada 14 Disember tahun lalu.
Tertuduh yang ditahan susulan penemuan mayat itu, ketika disoal siasat polis, mengaku melakukan pembunuhan itu kerana mahu mengambil barang kemas mangsa untuk digadai.
Tertuduh juga mengakui wang itu digunakan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kemboja pada Kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh, 8 Disember lalu.
Catat Ulasan