Keputusan PKR Sarawak bertanding PRN: Fadhlina tegaskan masih banyak ruang untuk perbincangan, kestabilan Kerajaan Perpaduan jadi teras

 


KUCHING-- Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fadhlina Sidek memberi bayangan seolah-olah keputusan PKR Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak belum mendapat "lampu hijau" daripada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menteri Pendidikan itu menegaskan, masih banyak ruang untuk perbincangan dilakukan melibatkan semua pihak demi memperkukuhkan hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.



"Saya rasa kita (PKR) masih banyak ruang untuk berbincang jadi terasnya untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.


"Jadi keputusan apapun ia mesti berteraskan kepada mesyuarat semua pihak...Jadi penegasan yang boleh saya buat ketika ini adalah mempertahankan Kerajaan Perpaduan dengan mengambil kira semua pandangan dan aspek kita saling hormat-menghormati.


"Jadi buat ketika ini terasnya adalah untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan dan memastikan Kerajaan Perpaduan ini kekal stabil sehingga penggal yang akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis iftar di sebuah hotel di Satok di sini hari ini.


Beliau berkata demikan ketika diminta mengulas tentang keputusan PKR Sarawak yang mengumumkan akan bertanding pada PRN Sarawak akan datang.


Tambahnya lagu, teras perbincangan adalah memfokuskan kepada pengukuhan Kerajaan Perpaduan.


Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berada dalam persiapan rapi untuk mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik COVID-19.


"Alhamdulillah persediaan kita laksanakan dengan sangat rapi, pertama memastikan tempoh persekolahan di bawah Akta Pendidikan tidak kurang dari 190 hari.


"SPM juga akan bermula sedikit awal tetapi persiapannya akan selesai sebelum Krismas dan kita mengambil kira semua cuti dan perkara-perkara melibatkan komitmen di peringkat KPM bagi memastikan 2026 ini sesi persekolahan bermula pada Januari," jelasnya.


tamat

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama