Daerah Trusan bah, empat buah kampung dinaiki air

 


LAWAS - Hujan lebat semalaman menyebabkan air naik mendadak memaksa 46 individu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Trusan Lawas yang dibuka pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang Yunus Tambi berkata PPS Dewan Trusan itu menempatkan mangsa banjir dari daerah kecil Trusan setakat jam 2 petang.



Katanya PPS Dewan Trusan dibuka susulan hujan lebat yang berlaku sejak malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Pekan Trusan ditenggelami air.

“Seramai 46 mangsa terjejas banjir membabitkan sembilan keluarga dari empat buah kampung ditempatkan di PPS Dewan Trusan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Kata Yunus setakat petang ini tiada PPS dibuka di Limbang dan kawasan banjir hanya melibatkan jalan dan laluan.

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama